Perubahan berbanding Musim 6 Akademi_Fantasia_Musim_7

Menurut pengurus rancangan Astro Ria, Khairul Mizan, musim ini tidak hanya terhad kepada warganegara Malaysia sahaja, tetapi terbuka kepada warganegara Singapura. Kerasionalan dalam memperluaskan penyertaan warganegara Singapura dalam rancangan ini dilihat sebagai usaha oleh Astro untuk mengukuhkan populariti rancangan ini ke Singapura melalui penyiaran mio TV.[1]

Selain itu, musim ini turut membolehkan para artis menyertai rancangan ini. Walau bagaimanapun, peluang berkenaan hanya dibuka kepada mereka yang tidak terikat kepada mana-mana syarikat rakaman ataupun kontrak pengurusan.

Terdapat beberapa perubahan dalam penyusunan tenaga pengajar musim ini. Linda Jasmine, seorang yang telah menjadi koreografer bagi Akademi Fantasia sejak musim pertama kini digantikan dengan A. Aris Kadir. Ida Nerina pula akan berkhidmat sebagai guru drama & lakonan, yang menggantikan Fauziah Nawi. Akhir sekali, Hashridz Murshim akan mengambil alih tugas sebagai pengarah muzik yang sebelumnya dijawat oleh Ramli M.S.